Pages

Wednesday, 7 December 2016

Ringkasan sejarah telekomunikasi di malaysia

  


  Sejarah telekomunikasi di malaysia telah bermula sejak 130 tahun yang lalu apabila Sistem Morse Code Telegraf diperkenalkan untuk perhubungan di antara London, Pinang Melaka dan Singapura. Pada tahun 1876 perhubungan telegraf yang pertama bermula di antara taiping dengan kuala kangsar kemudian pada tahun 1891 telefon pertama di pasang di Kuala Lumpur.

   Apabila ibu sawat telefon manual siap dibina pada tahun 1928 di kuala lumpur, perkhidmatan telefon semakin berkembang.  Pada tahun 1938 sistem manual ini digantikan dengan jenis separa automatik (step-by-step). Sistem baru ini membolehkan pelanggan mendail bagi panggilan di sekitar kuala lumpur dan menggunakan bantuan telefonis untuk panggilan luar di kuala lumpur.

    Telekomunikasi di malaysia kemudiannya memasuki penyiaran apabila Stesen Radio Bukit Kenny memulakan penyiarannya pada tahun 1936 pada tahun 1958 stesen gelombang mikro yang pertama di Bukit Nanas siap dibina yang membolehkan pancaran tv negara yang pertama dipancarkan pada tahun 1963.
    Perkhidmatan telefon memasuki era moden apabila sambungan jauh terus dail (STD) diperkenalkan pada tahun 1962 manakala perkhidmatan antarabangsa terus dail (ATD ) ialah pada tahun 1979. Perkhidmatan telefon bergerak atau ringkasnya atur 450 diperkenalkan pada tahun 1985.

Tuesday, 6 December 2016

SEJARAH MUZIUM TELEKOM

   

    Sorotan kembali sejarah bangunan Muzium Telekom bermula pada tahun 1928 apabila sebuah bangunan bercirikan seni bina Greek telah didirikan untuk Ibusawat Telefon Manual jenis Central Battery.
    Bangunan yang tersergam indah dikelilingi oleh bangunan moden di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur dicadangkan untuk dirobohkan pada tahun 1984 bagi membina kompleks Telekom 26 tingkat yang baru.
    Bagaimanapun, pada tahun 1985 cadangan tersebut dihalang apabila campur tangan daripada Perdana Menteri masa itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad yang prihatin terhadap warisan negara. Bangunan ini kemudian diwartakan untuk pemuliharaan.
    Pada 3 Jun 1994 bangunan yang menjadi warisan kebanggaan negara telah dirasmikan oleh Timblan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Muzium Telekomunikasi Negara atau ringkasnya Muzium Telekom.
    Pembukaan muzium telekomunikasi interaktif yang pertama di Malaysia ini menunjukkan komitmen Telekom Malaysia sebagai syarikat telekomunikasi yang utama di negara ini yang memelihara warisan sejarah dari segi kepentingan dan peranan sebuah industri ini bagi negara, rakyat dan ekonominya.
    Objektif Muzium Telekom untuk menjadikan muzium ini sebagai pusat pendidikan dan tarikan pelancong adalah selaras dengan seruan kerjaan agar badan badan korporat menyumbang ke arah pembangunan sukan, pendidikan, kebudayaan, dan kesenian negara.
    Muzium ini memaparkan satu pameran yang unik dan menarik yang menceritakan tentang kelahiran kewujudan dan masa depan telekomunikasi di Malaysia dengan cara yang bersesuaian dengan cara hidup dan pengalaman rakyat negara ini. Pelbagai alat komunikasi dipamerkan yang mengisahkan manusia dan teknologi berkomunikasi di serata dunia. Maklumat ini boleh didapati secara merasai sendiri suasana begini melalui 4 pengalaman yang dipersembahkan di muzium ini.
    Keunikan dan keistimewaan Muzium Telekom yang menelan belanja sebanyak RM10 juta ringgit ialah dapat memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Satu perjalanan melalui masa yang paling menyeronokkan yang menyingkap asal usul komunikasi,  kepentingan dari segi sejarah dan kemasyarakatan serta sumbangannya dalam membantu membangunkan malaysia sehingga perjalanan ke suatu zaman kemajuan yang bakal dicipta untuk rakyat malaysia pada masa hadapan.
      Sejarah telekomunikasi negara bermula pada tahun 1870 melalui perkhidmatan Morse Code Telegraph yang menghubungkan pulau pinang melaka dan singapura ke london menerusi kabel dasar laut telegraf. Selepas itu perkhidmatan telegram di antara taiping dengan kuala kangsar diperkenalkan pada tahun 1876. Pada tahun 1891 perkhidmatan telefon pertama dipasang di kuala lumpur iaitu hanya 15 tahun sahaja selepas telefon direka cipta oleh Alexander Graham Bell.
      Sejak itu telekomunikasi berkembang pesat dengan pengenalan daripada ibu sawat telefon manual kepada electronic dan seterusnya ibu sawat berkomputer (SPC) dan (ISDN) yang sedang dalam pelaksanaan masa kini. Dari segi sistem pemancaran pula dari penggunaan kawat kepada penyiaran radio sistem gelombang mikro sistem satelit dan seterusnya fiber optic yang setanding dengan negara-negara maju.
      Kalau dahulu sistem telekomunikasi adalah satu sistem perkhidmatan yang mewah namun kini ia merupakan satu perkhidmatan yang penting digunakan dalam perhubungan utama dan menjadi keperluan penting sama ada dalam bandar ataupun luar bandar.






Sekitar tahun 40-an
Sekitar tahun 50-an


Sekitar tahun 70-an
Sekitar tahun 80-an

Blogroll

About