Sejarah telekomunikasi di malaysia telah bermula sejak 130 tahun yang lalu apabila Sistem Morse Code Telegraf diperkenalkan untuk perhubungan di antara London, Pinang Melaka dan Singapura. Pada tahun 1876 perhubungan telegraf yang pertama bermula di antara taiping dengan kuala kangsar kemudian pada tahun 1891 telefon pertama di pasang di Kuala Lumpur.
Apabila ibu sawat telefon manual siap dibina pada tahun 1928 di kuala lumpur, perkhidmatan telefon semakin berkembang. Pada tahun 1938 sistem manual ini digantikan dengan jenis separa automatik (step-by-step). Sistem baru ini membolehkan pelanggan mendail bagi panggilan di sekitar kuala lumpur dan menggunakan bantuan telefonis untuk panggilan luar di kuala lumpur.
Telekomunikasi di malaysia kemudiannya memasuki penyiaran apabila Stesen Radio Bukit Kenny memulakan penyiarannya pada tahun 1936 pada tahun 1958 stesen gelombang mikro yang pertama di Bukit Nanas siap dibina yang membolehkan pancaran tv negara yang pertama dipancarkan pada tahun 1963.
Perkhidmatan telefon memasuki era moden apabila sambungan jauh terus dail (STD) diperkenalkan pada tahun 1962 manakala perkhidmatan antarabangsa terus dail (ATD ) ialah pada tahun 1979. Perkhidmatan telefon bergerak atau ringkasnya atur 450 diperkenalkan pada tahun 1985.
No comments:
Post a Comment